Kuota

~Life is the only real counselor; wisdom unfiltered through personal experience does not become a part of the moral tissue.~

Wednesday, January 5, 2011

lagi Job Interview Tips Practice ~~,

  1. Practice : Menjawab pertanyaan temuduga dan meramal tanggapan  terhadap soalan-soalan temuduga . Fikirkan contoh yang boleh digunakan untuk menggambarkan kejayaan anda. Memberikan bukti kejayaan adalah cara yang plg bagus untuk mempromosikan diri kita.
  2. Prepare :  Bersiapsedia untuk soalan "Apa yang anda ketahui tentang syarikat ini".  Ketahui nama penemuduga dan menggunakannya selama ditemuduga. 
  3. Get Ready : Pastikan pakaian  rapi dan sesuai untuk jenis syarikat. Bawa portfolio yang lengkap dengan salinan resume.Sertakan pen dan kertas untuk mencatat.
  4. Be On Time : Datang pada tepat waktu temuduga iaitu bererti dtg sepuluh minit awal. Jika perlu, luangkan masa untuk pergi ke pejabat terlebih dahulu sehingga tahu di mana dan berapa lama waktu yang diperlukan untuk sampaike sana.
  5. Stay calm : Sepanjang temuduga berjalan cuba untuk berehat dan tetap setenang mungkin. Luangkan waktu sejenak untuk mengumpul kekuatan. Memelihara hubungan mata dengan penemuduga. Dengar semua soalan sebelum menjawab dan bagi perhatian terhadap soalan - Kamu akan malu jika kamu lupa soalan!

PetuA traDisiOnal HiLanG BaTuk

Sayani kalau da batuk memang makan masa hingga 3 bulan, bak orang tua-tua kata batuk 100 hari.. Batuk jenis ni yang takde kahak.Tapi memang pon, batuk ni memang x leh hilang kalau kita makan ubat yang Dr bagi or beli kat Farmasi. Saya da cuba pergi ke macam2x Klinik da, tapi still x baik2x gak.. Last2x saya ikut nasihat mak saya ada banyak iaitu :-
  1. Hiriskan limau nipis kemudian perahkan limau tersebut. Air limau nipis yang telah diperah tadi dicampurkan dengan kicap. Kemudian minum 3 kali sehari / mengikut keperluanla.Sekiranya x ok gak sy cuba petua yang kedua lak ;
  2. Rendamkan buah semangkuk kedalam segelas air suam, kemudian campurkan gula batu ke dalam gelas tersebut. Biarkan beberapa minit sehingga buah semangkuk tersebut kembang. Pastu boley minum. 
InsyaAllah dengan Dua petua di atas, batuk korang akan hilang . Saya memang guna tradisional ni je klau batuk, membazir je beli ubat batuk mahal2x tapi x berkesan.Gud Luck k. Selamat mencuba ;)

Hakikat Kehidupan

Salam..
kadang2x hidup kita ni sering ditimpa dengan macam-macam dugaan kan?..kehilangan orang tersayang, masalah kewangan,kesakitan, kesedihan. Kita xsedar, kita selalu salahkan takdir dan diri kita sendiri atas apa yang terjadi.. memang, kadang2x kita lupa dugaan itu adalah salah satu penyeri kehidupan kita but Why? sebab, bg aku tanpa masalah dan dugaan,kita tak mungkin dapat rasa kemanisan dalam hidup kita.. Tanpa adanya masalah,kita takkan tahu sama ada tindakan yang kita lakukan itu baik atau sebaliknya, betul x?? dan kita takkan menghargai kebahagiaan yang pernah kita ada selagi kita tak hadapi masalah dalam hidup.. Apa yang aku tau, problems will alwiz comes n go dan yang penting kita percaya, dugaan yang datang dalam hidup kitatu menandakan Allah masih sayangkan kita.. tapi, ramai yang menganggap masalah itu membebankan.. Jangan mudah lemah semangat dan putus asa apabila kita dalam situasi ini k... yang penting kita harus redha dengan apa yang terjadi..Tenangkan fikiran, luahkan masalah dan kemudian baru fikirkan penyelesaian..sebelum kita mengambil sesuatu tindakan, fikirlah apa kesannya kepada diri kita, ibu ayah kita dan masyarakat sekeliling kita.. Jangan anggap diri tak dihargai oleh sesiapa.. yakinlah bahawa sebanyak mana kasih sayang dalam diri kita, sebanyak itu jugalah kasih sayang dalam diri orang lain yang ada untuk kita..malah lebih dari itu... ingatla bahawa kehidupan kita terlalu singkat untuk kita meratapi sebuah penyesalan..tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan..cuma memerlukan masa dan tindakan sewajarnya dari kita.TENANGKAN PERASAAN, KUATKAN SEMANGAT DAN TABAHKAN HATI.... Jangan mudah menyerah kalah...masalah akan sentiasa ada dalam hidup kita selagi kita hidup..itulah hakikat kehidupan... CHAYOOOO!! AJA2X FIGHTING!


Tip Menghadiri Temuduga ~ untuk menghilangkan gugup

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!
2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang seterusnya.
3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat.
4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.
5. Lagi satu tips, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.
6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin.

Tip n nasihat di atas sy amik dr seorang teman. Yang paling penting adalah anda mesti yakin tapi jangan terlalu yakin pula k.. gud luck.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...